Assalammualaikum && hai to all my friends yang baca blog ini. Selamat datang ke blog yang tk berapa nak cantik ini. I hope you all will be enjoy with my blog! Bye.

Followers

December 29, 2011

Happy New Year

Hai assalammualaikum. Hari ni aku nak post pasal Tahun 2011. Hari ni 29/12. Besuk dah 30/12. Lagi berapa hari kita akan masuk tahun baru bukan. Usia aku pun dah makin meningkat. Tak sangka aku dah berusia 16 tahun. Hee dah besar dah anak mama sorg ni ;) Terlalu banyak kenangan aku dengan DIA dalam 2011 ni. Banyak sangat wei. Tarikh 14/3/2011 adalah tarikh paling penting dalam hidup aku. Memang susah kitaorang nak lupakan semua ni :'3 Yelah kan, mana tak nya couple dah nak dekat setahun doh. Tipu lah kan kalau aku tk ada perasaan sayang lagi dekat dia. Hm sorry.

Now dalam tahun 2012 ni mybe kita tk ada jodoh kan. Nak buat macam mana. Tapi ingat kayy apa yang aku selalu tulis dalam diari kita. Kau baca dan faham kan. Itu jeah aku nak :') Jaga and luahkan segala perasaan kau dalam to kay. Aku nama kan buku to 'Rahsia Kita'. Ingat semua janji janji kau. Kita boleh jadi kawan rapat kan :'D Hihi aku nak ucapkan terima kasih dekat kau apa yang kita pernah lalui bersama dalam 2011 ni.  Sentiasa dalam hati aku. Susah aku nak lupa kita dulu sama sama senang, sama sama susah :'> Hee. 

Okay lupakan pasal story dekat atas to. Tak boleh nak cerita lebih lebih. 2012? Aku ada azam baru. 
  1. Aku nak jadi anak yang dengar kata Ibu/bapa.
  2. Aku nak jadi harapan seorang anak yang berjaya.
  3. Solat jangan tinggal. InsyaAllah.
  4. Kurangkan online Facebook, Twitter, and Blogger.
  5. Pandai kumpul duit belanja.
  6. Jangan bercinta cinta. Hihi
Ha dah baca kan? Ini yang aku cuba buat untuk berjaya dalam SPM nanti. Insyaallah. Tak lama pun, lagi dua tahun jeah. Mwhehehe ^^ masuk sekolah jeah aku nak jadi budak yang baik. Aku nak kalahkan kawan kawan aku yang berjaya dalam PMR to. Hee bestnyaaaaaaaaaaa kan xD Teringin sangat nak tergolong dalm budak budak pandai. Alahai maklum lah kan aku ni hm tk pandai pun :'/ Tapi tk apa, bapak aku selalu beri semangat dekat aku. Thanks abah. Aku akan bukti kan yang aku boleh berjaya macam orang lain. Nak sangat tengok mak bapak aku nangis sebab tengok result aku yang boleh buat mereka bangga :')

Selamat Datang ke Tahun Baru 2012 :'p

#sayangnya lah kan nak tinggalkan tahun yang banyak kenangan untuk kita. Berat sungguh hati aku ni. Hmmm tapi tk apa lah aku tahu FARHANA seorang yang kuat! Itu hanya kenangan and benda dah lepas. Memang kalau diingat balik, aku nangis. Tapi tak apa lah, aku tahu dia selalu ada disisi aku. Hihi ;'DDD



December 26, 2011

Hmm malam yang indah.

Ok hai assalammualaikum. Hari ni aku selamat sampai dekat percutian aku yang kedua iaitu Melaka. Kitaorang bertolak pukul 9 lebih. Pegi breakfast dekat Bunga Melur then teruskan perjalanan. Dalam perjalanan kali ni aku tak tidur haha sebab tak lama pun kan. Nyanyi nyanyi tiba tiba dah masuk negeri orang tukar suara keling Wtf aku nak nyanyi pun dah terbantut kan. Hm favourite lagu aku pulak to hm hm.

Dah jalan jalan semua, isi perut. Lapar. Ok makan. Lepas makan kitaorang cari chalet nya. Alahai chaletnya sungguh menawan begitu kan :'D Hihi tapi aku ok kalau wifinya pun ok ;) haha rehat kan badan. Petang to kitaorang lepak pantai. Memang best gila lagi lagi ada abang Handsome, Awesome. Lupakan. Dah lepak lepak petang to, aku masuk bilik terus online. Hihi seronok bukan. Tenang jeah.

Mandi, solat, tonton drama 'Tentang Dhia' chawww. Pegi cari kedai makan. Malam ney adalah malam yang membosankan sebab mak dgn ayah aku masam masam muka, jeling menjeling. Dah to pulak, kedai makan punya owner to serve makanan lembab nak mampus. Apalagi mak aku yang garang mcm singa to, bayar air terus bla. Bapak aku pulak dah macam Hulk? Tahu binatang Hulk? hm dgn mengeluhnya dia terus cari kedai lain. Ok cari cari, tiba tiba makan kat kedai bakso. Bakso? Hm aku pun try makan to. Lagi satu masalah kedai makan ney pulak, semua dah habis makan, ais kosong pun tk sempat nak buat -.- Bodoh sangat sangat. Hm malam yang sungguh indah untuk hari ni -,- :'/

December 23, 2011

Im so sorry :'(

Aku tahu semalam aku punya result tak dapat nak dibanggakan oleh orang tua aku. Hm aku ingat kira okay aku tak ada failed tapi aku tak sangka sumpah result aku semalam tak ada A. Mama aku pulak dari balik, dia asyik membebel jeah. Yang ayah aku pulak, tak habis habis bagi aku nasihat :'). Sorry ma and abah. Akak tak boleh nak buat korang senyum sampai telinga. 

Semalam kitaorang keluar makan, then mama basuh/perli aku depan orang ramai. Sampai aku tak sanggup nak makan wei. Aku nangis, nangis dan terus menangis! Aku tak tahan asyik kena perli dengan mak aku. Hm nasib baik ayah aku ada. Dia back up aku! Thanks Abah. Diaorang tengah membebel to, then aku ajak bapak aku balik cepat. Hm ambil kunci kereta, nangis dalam kereta. Aku tak tahan! Hm malam to pulak otw balik kampung. Air mata aku tak boleh berhenti!

Dah balik, titiba badan aku menggigil sejuk. Kenapa eh? Suddenly! Masuk dalam bilik pakai baju sejuk, bukak kipas nombor 2 terus tido. Sumpah aku sejuk gila. Dah to, mak aku masuk bilik, then aku rasa badan aku ney macam panas gila. Lepas mak aku perli perli aku to, aku tak tegur dia langsung! Hm dapat tahu malam tadi aku demam panas. Apalagi, mak aku yang baik to suruh aku makan ubat then urut kan kepala, letakkan kain, temankan aku tido. Terima kasih mama. Aku tak sangka mak aku sanggup jaga aku tengah malam. Kesian dia sampai tak cukup tidur :/ Hm mybe aku demam pun sebab terkejut. Iloveyou ma! Akak sayang ma sangat sangat! Terima kasih sebab malam tadi mama jaga akak :'(

December 22, 2011

Semunya dah settle k :')


Assalammualaikum. Ha? Nampak gambar kat atas ney? Okay ini usaha aku selama ney. Hm teruk bukan :'/ Tapi aku bersyukur sangat sebab aku tak ada 'D' dan 'E'.Sumpah aku tak pernah dapat result sebaik ni wei. Setiap kali aku exam, mesti ada musuh aku to! Math aku pun mesti mesti selalu failed. Tadi sampai sekolah aku terus beli buku dengan farisha. Dah to tunggu sampai pukul 10.30, blaa pegi dewan Merak ambil slip ney. Aku sampai sampai jeah, cikgu senyum dekat aku? Hihi kenapa ye? Okay cikgu kata 'Alhamdulilah, kamu tak gagal Farhana'. Terima Kasih Yaallah. Then aku mula lah jadi wartawan, tanya sorang sorang kawan aku yang lain dapat berapa? Hihi semua hebat hebat belaka dohh. Tahniah korang. Ada yang dapat straight A, ada yang dapat 7A, 4A. Okay lettuww kan. Bersyukur dari aku tak ada A. Jangan nangis nangis dah. Nanti tak comel macam aku. Mwehehehe :'D

Hihi yang gambar atas to, pyka dengan dewi. Wahh hebat gilaaa ahh diaorang punya result kan? Hm malu aku dohh :3 Okay tahniah kepada Nur Shafikah Rahim yang pakai baju ELMO comel gitu sebab dia dapat 8A 1B . Kepada Dewi to pulak, mwehehe tak sangka kan kau boleh dapat 7A 1B. Tahniah! :') Aku tumpang gembira sangat sangat. Alahai maklum lah, korang dah dapat A banyak kan. Bukan nak tingglkan untuk aku siket :'/ Okay yang bawah to pulak bestie aku. Hihi nama dia Nur Shahirah Adilah. Comel macam aku kan kan? Haha k lupakan. Dia dapat 2A 6B. Okay lah kan. Ney langsung tk bersyukur. Eeeee sepak kau ney tahu ahh. Hahaha. Best sangat dapat dating dengan kau tadi. Sebok sangat dok rindu rindu dengan aku. Sekali lepak punya lah lama. Untung ahh ada Galaxi Tab. Boleh online ^^ Haha. Sumpah rindu kita dah terubat kan.

Kalau dah lepak, apa lagi? Hm citer ahh masalah masing masing. Dia dok sibuk citer pasal BOYFRIEND dia. Hihi kerja aku apa lagi, bagi nasihat then doakan hubungan korang bahagia kay sayang. Dah jangan sedih. Dah to aku pulak gedik gedik nak story masalah aku kat dia. Dia lah ibu aku selama ney tw. Tempat untuk meluahkan perasaan. Hihi ILOVEYOU syiera! Dia faham aku. Okay ini gambar kita orang, nampak to? Aku first time keluar dengan dia pakai tudung kan. Hm tk comel pun. Hahaha dia lagi comel. Happy sangat dapat gila gila dengan kau hari ney. Alahai maklum lah kan, kami kan batak siket. Keluar result jeah, terus celebrate dekat Mc'Donald walaupun result kami tak bagus macam orang lain :'( Klupakan! Redha jeah.  Semua dah menjadi realiti mwehehehe. Percaya tak dari pukul 11.30 kitaorang dekat situ balik pukul 3.00. Okay memang cun lah kan. Haha gelak gelak semua dengan Farisha Hidani sekali dah macam orang gila jeah.


Kawan baik kitaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :-*

December 21, 2011

You - Nur Jannah Allia




Assalammualaikum. Hai nama saya Nurfarhana. Awok? Dah kenal kan. Okay lupakan! Besuk hari apa dohh? Hm gempak gila ahh. Khamis kan tk silap? Berapa hari bulan ha? :O Hm minta minta ahh resultnya terbakar ke, kena curi ke? Bagus jugak kan. Mwehehe k apa aku merepik ney ha? Haha act sumpah sumpah aku gerun, seram, takut, excited, masam, masin, segala rasa yang dah ada dekat aku ney. Omaigood! ''Padan muka kau kan, time exam dok sibuk sangat nak bercinta, bila dah habis ... PUTUS'' hehe #Ayat mak aku. Tunggu jeah ahh resultnya macam mana besuk :') Ksedih.

Itu pasal Result Penilaian Menengah Rendah. Yang aku nak story sekarang, hihi Jeng Jeng ^^ Takut tak takut tak? Haha itu gila --' Tadi aku chat dengar budak Fake aku. Nama dia Adam Ismail :) Dia baik sangat orangnya. Okay tadi dah chat semua to, dia story dekat aku pasal problem dia dengan ex dia. Dah dengar semuanya. Aku bagi dia semangat. Nampak macam sedih jeah. Chill babe :'D Kita dalam situasi yang sama bukan. Hee dah to, dia pun tak nak tengok aku sedih. Dia bagi lagu untuk aku? Hihi. Aku faham. Aku faham maksudnya walaupun lagu Bahasa Inggeris kan. Haha tajuknya You. Yang lagu aku kat blog ney ^^ Korang sedih tk? Hm aku sedih bila faham kan ayatnya. Sedih gembira :') Thanks Adam.





December 19, 2011

Khamis? Result PMR :'/

Assalammualaikum. Hm hari ney aku aku nak story pasal hari KHAMIS nanti. Haha nampak perkataan 'KHAMIS'? okay sorry kalau aku terlampau excited sangat kan -.- act hati aku, jantung aku, segala organ badan aku rasa macam nak gugup semuanya nak tunggu hari khamis ney. Hm tah lah kan, kita tk tahu kita dapat berapa nanti. Aku ney pun tk ada lah pandai sangat macam kawan kawan aku yang lain :/ Harap harap lah result yang boleh dibanggakan dari sebelum ney. Takut ada failed johh. Eeee jauh jauh kan lah.

Firstly aku datang hari khamis to nak peluk member member aku. Rindu sangat dekat diaoarang! Maklum lah kalau dah cuti sch kan, masing masing sibuk dengan family masing masing sampai lupa kawan yang dekat dekat ney -,- Okay aku doakan korang dapat result yang baik kayy. Aku yakin! Hewhew :P Rasa macam tk nak amek johh. Hm nanti mula lah, kalau dah balik sch. Makcik makcik aku sorang sorang call tanya ''result nana macam mana? dapat berapa? :O'' Alahai, soalan to paling takut nak jawab. Kalau dapat banyak A nanti dia cakap mcm ney 'Wahh, banyaknyaa A? Nah amek ney. satu A rm10'' Hewhew bestnyaaaaaaaaaaaa lah kan :') Okay berangan jap. Goodluck untuk semua pelajar tingkatan3 2011 :)

Okay, sekarang ney aku dah kena mulakan fikir apa ALIRAN aku nak amek nanti time fom4. Hm takutnya nak jadi pelajar yang matang ney. Macam susah johh aku tengok cari budak SPM study. Hm aku minta tawaran dekat Sekolah Vokasional Sungai Buluh. Hm tk tahu lah sama ada nanti dapat ke tk? If dapat nanti, sedih pulak nak tinggalkan orang tersayang. Alahai -.- pening kepala. Just tunggu dan lihat jeah ahh result PMR aku macam mano kan? Hee Aminnnnnn. Harap harap dapat yang terbaik untuk orang tua aku :)

 Selamat Datang ke Pelajar yang bergelar Tingkatan 4.

December 16, 2011

Romantik sepupu

Assalammualaikum. Selamat yang tk berapa nak pagi. Hihi sihat? Alhamdulilah. Hari ney aku nak share pasal semalam. Okay sorry ahh if korang tk suka aku update hari hari kat blog aku. Lantak aku ahh, blog aku kan? So tk ada kaitan dengan korang semua pun. Ha? semalam best gila doh walaupun tk jauh mana kitaorang merayau kan, tapi sesangat nya happy wei. Hihi kitaorang dating dekat Klang Prade jeah pun. Teman kan Izzati Zumri cari keje. Alahai maklum lah kan, orang dah jadi penganggur mcm to lewwww. Yang aku dengan Nur Farisha Hidani dok sibuk jadi bodyguard dia -.- Eiiiiii geram jeah. Then nasib baik ahh, aku pegi to dapat kebenaran dari mama. Apalagi lah, balun balik lambat ahh.

Firtsly dah masuk to, kitaorang pegi Mc'D. Mana lah tahu ada keje kosong kan? Yang abangnya pulak gedik gedik dengan kami, pelik aku --' Okay dah beli ice cream semua, ambil borang pegi cari kedai sebab nak beli pen untuk isi borang -.- Dah isi semua to, hantar then cari pulak keje kat watson, guardine. Tapi semua tk ada :/ Hm then yg si gila sorang ney dok sibuk nak makan burger Mc'D. Tapi ramai. Dah to ajak jeah ahh diaorang makan sizzling walaupun aku muak makan to -,- hihi sambil makan to jumpa mamat handsome ^^ bawak EOS pulak to. Amboi, k lupakan!

Dah jejalan tiba tiba aku rasa macam nak sedekah kat mangkuk pulak :/ Menyampah betul. Hihi then farisha ajak kami pergi karoeke. Dia kata dia belanja. Okay jom? Aku dengan Izzati zumri apa lagi? Haha memang menggila betul lah masing masing walaupun suara tk sedap mana. Haha rasa sumpah nak terkeluar anak tekak to doh :O Okay, dah pilih 6 lagu to. Habis. Habis apa lagi? choww lah. Dah sampai luar, Nur Farisha Hidani sibuk mengidam Big Apple. Banyak betul duit diaorang. Makan makan makan, then jejalan lagi dekat luar yang ada asculater to. Titiba jeah, nampak mcm kedai baju. Sumpah selama ney aku tk perasan. Lawa lawa doh bajunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. YaAllah, geram betul aku. Then kitaorang snap snap semua. Habis. Hihi tapi sumpah seronok dapat sepupu sepapat yang gila dah sewel. Hm tapi sorang jeah tk ada, Nur Dalila. Kalau dia ada lagi syokkk :') Okay next time taw sayang.

Aku sayang sangat sangat dekat diaorang ney hm :'/


December 15, 2011

Holiday time

Assalammualaikum. Morning guys :) okay hari ney aku nak share dekat korang pasal hari to aku pegi Holiday. Firstly aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada orang tua ku sebab bawak kami semua pegi holiday. Hihi ILOVEYOU mom and dad :') Kami sekeluarga pegi Cherating. Apa to nama nya ye? Ha Cherating Beach Resort. Hm nak cakap resort nya to best sangat tak ada lah. Best lagi time aku pegi kat Peneng. Hm sumpah kat sana wifinya kedekut -.- swim pool nya pun boleh boleh ahh. Hihi tapi paling aku takut .. nak mandi pantai. Hm sumpah rasa macam dah nak tsunami doh. Ombaknya besar besar. Takut oden. Yang bapak aku ney sibuk sangat nak pancing pancing. Ada ikan ke dalam laut yang keruh to --' Hm pelik.

Secondly paling aku pelik dekat sana, nak tahu apa? Haha kalau korang p sana, sumpah tk jumpa parit --' patut lah senang banjir. Aduh duh, apa lagi complain lah suruh buat parit mengelak kan dari banjir. Hihi aku pulak yang terover -.- hm then petang hari pertama kitaorang dekat sana, bapak aku jumpa kawan dia yang dekat Kemaman, Terrengganu. Hee sumpah seronok. Family dia bawak kami jalan jalan, pusing pusing tengok permandangan. Then dah malam to, family dia belanja kami makan seafood. Terima kasih :') Dia ada 4org anak. First anak dia sebaya aku. Hm anak anak dia pandai doh. Alahai maklum lah budak terrengganu kan? Aku saja jeah ah, tanya dia TARGET BERAPA PMR NANTI? tahu dia jawab apa? 'INSYAALLAH, STREAT A' YaAllah, malunya aku >.< orangnya memang peramah. Okay dah gelak sesama, geletek sesama. Aku tanya nama dia. Hihi nama dia Syahidah Nasir :) Cantik nama. Then adek dia pulak sama baya dengan adek aku. Dapat 5A. Okay Tahniah :)

Keesokkan harinya, kami sekeluarga jalan jalan. Act aku tak tahu sama ada harito aku bercuti dekat Pahang or Terrengganu. Mak aku kata Pahang to dah simpadan Terrengganu. Okay pelik lagi --' tapi seronok lah jugak dapat cuci mata kat sana kan hihi. Tapi makanan kat sana semua pelik pelik. Haha pelik lagi -.- lupakan! Kat sana memang hujan lebat, so kitaorang masing masing lepak kat bilik jeah. Mak aku dah lah order dua bilik. Satu bilik mama and abah aku. Then aku apa lagi, share lah dengan adek aku. Takut bhaii malam malam nak tido :'/ hm.

Last day, aku bangun pukul 8.00 sebab sayang nak tinggal katil to. Hihi okay mak aku text suruh siap siap, then turun breakfast. Aku terkedek kedek dah to kena tinggal. Good (Y) hm lepas breakfast adek aku sibuk sangat nak mandi swim pool. Aku apa lagi, ambil laptop duduk dekat lobby sorang sorang terus online :) dah lama to, mak aku text lagi suruh kemas barang barang, dah nak balik :'((( hm sedih kejap! Dah kemas kemas, adek aku dengan bapak aku to tak reti nak naik -,- Dah aku pulak yang kena turun lif pegi panggil sorang sorang. Time aku panggil to, aku nampak pasangan couple ney mandi mandi kolam renang sesama. Hm tak tahu lah sama ada diorang to dah kahwin kea belum --' hm biase lettuwww kan. 

Okay dah, masuk kan barang dalam bonet kereta. Impit impit. Okcawww. Selamat Tinggal :'< Pegi 4 beg. Balik 4x2 berapa? fikir fikir kan lah dan selamat beramah. Haha balik to, memang keje aku tido jeah ah kan selagi tak sampai depan pagar rumah. Alhamdulilah, kami sekeluarga selamat sampai pukul 5 petang. Tapi sorry lah, kalau kalau siapa pesan aku suruh beli ole ole aku tak beli. Hm sumpah tk ada pape. Aku belikan kerepok lekor jeah, untuk nenek, jiran sebelah, makcik/pakcik. Hm dah habis dah. Hihi 26/12 aku pegi Melaka pulak. Aww~ so tunggu jeah ahh new episod. Haha 



December 9, 2011

Rindu korang ;/

Assalammualaikum, hihi sopan tk kita? Okay now aku nak cakap something ney! Aku rindu gila gila babi dekat budak kelas 3Harmoni. Hm next year kitaorg tk tahu lah boleh jumpa ke tk kan :') Maklum lah masing masing budak pandai, then mesti ada dapat tawaran mana mana. Hihi korang jaga diri baik baik tw, jangan lupa aku kat sini hm ;/ sedih! Aku dah anggap korang macam family aku jeah. Haha malam tadi aku text Muhammad Azharuddin. Sumpah lawak gila! Hihi thanks Azhar sebab kau rindu aku jugak. Hihi jijik lah -.- haha k k, lupakan! Yang penting aku rindu korang semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Rasa macam nak terberak jeah aku sekarang ;/

Ehh nak tahu something tk? Tadi aku tengok Farisha onl. Then ada satu budak lelaki ney jiwang gila. Dia buat video untuk ex girlfriend dia. Hm sedih jugak aku tengok. Rasanya Relationship diaorg dah lama kot :') Jiwangnyaaaaaaaa budak to. Romantik pun ada. Khas pulak wei video to untuk ex girlfriend dia. YaAllah, time aku tengok to sumpah sumpah aku nak nangis and teringat kan dia :'< Aku rasa perempuan to kot tinggalkan dia hm. Nasib badan lah kan. Hihi but just nasihat kan kau sabar kayy. Hm aku faham perasaan kau to kawan hihi :'D

*ini dia link budak to, korang try tengok. But kalau korang tk sedih, that's mean korang tk faham and tk ada perasaan lettuwww :P



December 6, 2011

THANK YOU MY LOVE !

Hai Asslammualaikum, hihi lama aku tk update blog kan kan kan? Haha sorry lah tk ada masa -.- Maklum lah SINGLE sekarang kan. Banyak benda nak dilayan. Hihi okay stop it pasal cerita tadi. Now aku nak bukak story pasal sorang mamat ney. Wee ~ nak tahu siapa dia? Hm dia lah budak aku kenal dekat laman buku to. Hihi macam lagu Najwa Latif to. Nama dia pun A jugak -.- Alahai jodoh aku memang dari dulu A ke? --' pelik tapi kenyataan. Hahaha acanor to? Haha tapi aku tk tahu lah sama ada aku boleh sayang dia macam aku sayang ex boyf aku to hm. Dia ney pelik siket perangai. Langsung tk Caring! Aku tk suka! Aku tanya dia, sure ke dia seriouse dengan aku kan? The answer is correct! Hm tapi aku sumpah tk confident! Haha aku tk nak lah nanti menyesal bila dah couple. If dah faham hati budi masing masing, okay GO ON! Now aku just teman tapi mesra jeah dengan member member. Tak ada istilah Couple or Scandle :) Hihi totally SINGLE 100 %. Tiap malam aku dah tk sunyi macam kedengaran bunyi cengkerik. Hihi sebab ada jeah akan orang text aku :) Aku pun tk terlalu mengharapkan text dari dia but kalau dia text to pun dah kira Bersyukur, bermakna dia tk pernah lupakan aku kan. Terima kasih AH :) Okay itu jeah lah life aku sekarang ney. Kekadang tiap malam, ada orang happy kan aku. Kadang kadang tengah malam pun ada orang sedih kan aku. Hahaha so tawakal jeah lah.

Hm malam tadi dia text aku dia mengadu hal kisah hidup dia dekat aku. Aku pun tak kan lah tk nak dengar kan? Hm mybe dia perlukan aku kot time to :'> Perasaan aku time to memang sedih and cemburu sangat sangat sangat. tapi watlek jeah lah (Y) yang penting dia bahagia kan hihi. Aku pun tk tahu nak cakap macam mana dengan dia? Dulu dia tk macam ney kan :') Just aku dapat bagi nasihat yang sepatutnya jeah lah. Sumpah aku dapat rasakan yang kau still sayang aku macam dulu? Kalau tk tk ada lah tiap tiap hari kau call/text aku. Aku bukan apa, aku tk nak kacau life orang yang aku sayang sangat sangat. Aku just nak tengok kau happy di depan mata aku sudah lah. Hihi tarikh 14/12? Awesome!!!!! Tak sabar nak tunggu tarikh ney. Hihi mybe hari Happy Atau Sedih bagi aku :) So just wait and see. Imissyouuuuuu ^^
 

Copyright © 2012 Reserved to Nurfarhana
Design by Cik Kumbang